Pages

Ads 468x60px

Saturday, 27 October 2012

Pemimpin - pemimpin ..

Parlimen : P191 Kalabakan

Ahli Parlimen : YB. DSP. Hj. Abdul Ghapur Hj Salleh

Dun : N59 Tanjung Batu

Ahli Dun : YB Datuk Hjh Hamisah Binti Samad

President MPT : Datuk Ismail Mayakob

Penghulu Mukim : Sandum Bayang

Ketua Kampung : En. Sandong Bin kumut

Sejarah Kampung Kuala Merotai

Kg. kuala merotai adalah sebuah kampung kecil yang telah wujud sejak tahun 1963 lagi, Kg. Kuala Merotai bermula sebagai Rancangan Petempatan yang menempatkan 3 buah perkampungan terpencil di Sabah iaitu Kampung Serudung Laut, Kampung Brantian dan Kampung Semandalan.

Penyatuan kampung-kampung ini berlaku ketika Konfrantasi Indonesia dan Malaysia pada tahun 1963. Penempatan Kuala Merotai pada mulanya dibawah pengerusan Kerajaan Persekutuan, kemudian diserahkan kepada kerajaan Negeri Sabah melalui Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) dengan nama baru Rancangan Kuala Merotai.

Hari ini dikenali sebagai Kampung Kuala Merotai. Terdapat lebih kurang 135 buah rumah dengan bilangan penduduk seramai 928 orang dengan komposisi penduduk 99% bumiputera dan 1% lain-lain kaum.

BUMI HIJAU sinonim dengan Kg.Kuala Merotai kerana kesuburan buminya, keindahan dan suasana kampung yang nyaman merangsang kepada kehidupan masyarakat yang sejahtera dan harmoni.

Antara kemudahan asas yang terdapat di Kg. Kuala Merotai adalah seperti Sekolah Rendah, Pra Sekolah, Masjid, Balairaya(Dewan serbaguna) Klinik Desa, Bekalan Api, dan Air.

Kini Kg.Kuala Merotai telah diwartakan sebagai Kampung Gerakan Daya Wawasan (GDW) dan juga kampung Sejahtera.

Sejarah ringkas mengenai Kg.Kuala Merotai..